March 22, 2018

Romantis Yang Mendamaikan



Pagi itu, saya hanya mampu berbaring di atas katil bujang melihat kipas siling berkejaran sesama sendiri. Cahaya matahari sedikit pun tidak malu menerobos masuk ke dalam bilik lalu membasuh wajah baru celik saya. Saya biarkan.

Sambil melihat aksi kejar mengejar itu, sempat juga saya berfikir, "sampai bila harus begini -- kejar, kejar, kejar?"

Pelik kerana, walau tiada garis penamat ditetapkan tapi ianya mampu memberi ketenangan dan keselesaan pada diri ini. Dan, saya hanya berserah. Pada angin dan harapan, hasil dari literasasi kejar mengejar bilah kipas siling tersebut.


No comments:

Post a Comment