February 23, 2017

Pagi Tetap Hadir Walau Malam Menyelimuti


Untuk mendapatkan manis, terkadang makna setia itu menjadi tunjang kepada segala. Kepercayaan yang menapak dalam diri akan membawa kepada sebuah harapan yang selama ini tidak nampak walaupun ianya wujud. Seakan cinta yang teringinkan, ianya wujud tetapi tidak dapat dinikmati bila belum tiba masanya.

Sama ada mahu terus berlagak untuk menafikan yang baik baik akan menyusul, atau terus saja percaya sinar harapan itu tetap menyala sedari sekarang. Jujur, tidak mudah untuk merintis makna setia, tetapi hanya jika insan tidak memupuk kepercayaan itu sendiri. Sejauh mana kemampuan melihat kilat yang menyambar, guruh sebenarnya lebih berjaya menjemput ketakutan yang tidak wujud.

Dan, aku tidak mampu untuk menulis lagi.

No comments:

Post a Comment