May 17, 2017
Bekas Yang Berbekas (Bukan Antalogi)
Terkenangkan masa lalu yang menyakinkan, hari ini aku masih berdiri teguh dalam kekacauan yang telah kau cipta tak lama dulu. Demi kata-kata terpatri tembaga gred A yang memiliki kuasa kesucian 99.99 E, walaupun aku sendiri tak tahu E tu stands for what, tapi aku tetap layankan juga hinggalah ianya menjadi debu dimakan senikata janji yang pernah kau petik dari lagu-lagu Alex Turner. Dengan lenggok fake British accent, suara kau kekadang terdengar macam sedap juga. Tapi itulah, orang kata mana ada orang jujur bila bercakap guna accent British ni. Contohnya macam kau lah. Kan?
Masih teringat dengan dentingan anting-anting yang menari di telinga kau ketika kita saling bersuara halus di hujung panggilan telefon hingga lewat pagi kerana tidak mahu mengganggu tidur adik di sebelah. Dentingan itu berbunyi seperti loceng Jerusalem yang menimbulkan kekeliruan pada orang asing, rindu. Keesoknya kau mengadu, bapa memarahi kau kerana bil telefon naik pada bulan itu lalu menghadiahi kau pelan postpaid You Mobile berharga RM78 dilengkapi dengan free call kesemua rangkaian dan unlimited data untuk memudahkan kau call aku bila-bila masa dan window shopping di Zalora secara online. Pernah juga bapa mempelawa aku pelan yang sama, tapi aku menolak kerana aku tak biasa ditaja oleh mana-mana pihak, biarpun bapa sangat mengharapkan aku menjadi bakal menantu yang paling solid berbanding dengan pilihan kau sebelum-sebelum ini.
Hidup sebagai seorang pemain keyboard dalam sebuah band terkemuka di Malaysia dan pernah membuat persembahan solo opening Bon Jovi, menjadikan aku pernah digilai oleh Darleen, seorang Cikgu Piano yang tular di seluruh media sosial melalui video lagu cover dari Sixth Sense, Tak Bisa Memilihmu suatu masa dulu. Berdesup juga bulu roma aku setiap kali Darleen merenung ke arah kamera yang sedang merekod gelagat jarinya. Berdiri di bumi yang nyata, siapalah aku bila Darleen block kesemua akaun media sosial aku kerana tiada satu pun yang aku approve dan follow back akaun kepunyaan dia. Sesungguhnya aku tak biasa diminati dan direnung melalui video ni, perasaan itu tak sampai. Aku cuma mampu berharap, Darleen akan cepat move on dari aku dan terus menjadi seorang cikgu piano yang sentiasa cantik dan seksi pada anak-anak muridnya yang rata-ratanya umur mereka sebaya aku -- tua 5 tahun dari Darleen sendiri. Lupakan dia, yang penting adalah kita.
Betapa utuhnya perasaan aku pada kau , hidup terjamin -- ketika itu.
Mungkin inilah yang dinamakan dengan "tak semua yang kita nak, kita akan dapat", angin terus menderu meniupkan zarah-zarah bisu sedang burung-burung tidak lagi terbang berkicauan menandakan mereka gembira di angkasa. Kerana sampai suatu saat, burung-burung itu tetap akan ke pulang ke rumah bila lewat senja dan shift mereka akan diganti dengan kelawar-kelawar pula. Sedangkan bunga matahari yang tumbuh mekar kelihatan pun mampu mengecut menjadi biji kuaci yang bakal memecahkan bibir si pengetip, apatah sosok tubuh seorang wanita berupa engkau -- si perempuan beranting-anting berlagak ahli kimia berloghat British tiruan yang telah menikam bertubi setelah berkenalan dengan si hidung belang berkopiah di siang hari dan menogak di tengah pagi bersama kekasihnya yang lain.
Syabas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment