Selari dengan usia meniti senja, aku hanya mahu melihat bibir merahmu terlukis di setiap tawa yang telah aku ciptakan untukmu. Biarkan aku hanyut sendirian dalam kawanan bunga bahagia yang telah kamu baja setiap hari dengan magis resepi tersendiri. Dalam kesibukan menongkah arus yang melangit, tidak sekali pun badai menggagalkan mimpi seorang kamu.
Tunggu, tunggu sekejap. Tunggu, untuk semalaman lagi.
Kita boleh lakukannya. Dengarkan lagu di corong radio kegemaran dari sisi nostalgia yang tersingkap.
Lemah berbaring aku di kamar, menantikan kamu menyambutku. Entah mengapa, awan tidak lagi membiru tetapi senang kekuningan sepanjang petang yang tenang ini. Burung burung terbang ke rumah membawa perasaan dan tidak mahu pedulikan kita lagi.
Sekarang, berpaling kepadaku Kasih dan pulangkan kaca mata hitamku bagi menyambut sinarmu kembali. Kita menua bersama.
No comments:
Post a Comment