Kucing mengiau di pagi hari,
Mahukan Tuan memberi isi,
Siapa harapan siapa mimpi,
Benarkah Tuan mahu mengerti?
Kota kenangan roboh dipertikai janji. Daerah bahagia menjemput insan seperti kamu. Ibu terus terusan menadah sira manisnya hiba, bekerja melukis sungai nostalgia.
Rimbunan berita wujud ketika pembawa teksi menanti pelanggan. Ke mana destinasi hendak ku bawa cinta. Pagi ini, ingin sekali ku minum teh debunga berwarna monarki. Tumpang bertanya Tuan, "kenapa dada ini dipenuhi debunga yang menyesakkan?"
Tuan menjawab, "hamba akan terus dahaga derita sehingga rindu diangkat darjat menjadi syahdu."
Televisyen mematikan realiti kehidupan, sehingga simpulan benang pujian meratah ibu. Membiru parutnya Ibu si kota kenangan.
Semesta, jangan biarkan hamba dahaga begini!
No comments:
Post a Comment