Awal sudah kamu mengajak aku bermain lawan mata, kononnya mahu meguji ketahanan kerlipan mata masing masing sedangkan aku pula hanya tumpu pada sesi penangkapan gambar wajah seorang kamu dalam kesibukan menahan mata tepat berhadapan kamu. Walau wajahmu terlihatkan sedikit serius dari kebiasaannya tapi itu pun sudah mampu buat aku cair perlahan lahan, hanyut terus dibenak matamu.
Mana mampu aku kenang selain dari riak wajahmu yang aku tembak tepat tempoh lalu kerana hanya ia telah semat aku simpan di bahagian paling dalam naluriku.
Dinding tebal hasil kepandaian seorang kontraktor mungkin telah pun menmemisahkan kita dari perasaan misteri yang sangat asing. Tapi tidak dengan kecanggihan aku dalam merindui kamu ketika merenung kamu dari tirai kamar sambil mengundang debaran dalam jiwa.
Cukuplah aku katakan muka aku lagi tebal dari dinding dinding yang memisahkan kerana kamu harus tahu bahawa bunga yang digenggam rapat jemarimu ketika berselisih sambil mengerling senyum ke arahku masih punya stigma berupa wajah yang tidak pernah mungkin aku lupakan untuk seribu tahun lagi.
Kamu juga harus tahu. Aku hanyalah seorang aku. Seorang penembak tepat, dan mata adalah senjata aku paling agung.
No comments:
Post a Comment