Bukan kerana aku terlalu ego mahupun paranoid terhadap diri sendiri sedang teman lain serius dan jujur tentang apa yang mereka sedang lakukan ketika ini lalu bertempiaran lari semua syaitan syaitan berupa mimpi palsu berlegar di ruang memori separuh sedar bagi setiap manusia sosok seorang aku. Tidak, aku hanyalah manusia biasa. Seorang lelaki yang hopeless dan restless.
Ya, mungkin aku sudah penat dengan permainan soal-jawab dunia barangkali. Segalanya berbentuk eksisten eksisten liar yang tiada pihak jagaan dari jabatan Logikal Minda.
Sama ada hidup-mati, lelaki-perempuan, jasa-wang, muda-tua, apa lagi? Tahi-bunga, kucing-anjing, jazz-rock? Masing masing punya suatu sinemagrafik yang cantik di antara garis garis separa lurus yang tidak diketahui mana datangnya si kebenaran itu. Tuhan serahkan tugas itu kepada aku untuk menilai mana baik mana buruk sedang manusia manusia lain ralit tentang perjuangan kebenaran masing masing yang punya kepentingan sendiri.
Rumah pasungan itu tetap kosong tidak berpenghuni. Penghuni sebelumnya sudah keluar serik dengan peristiwa peristiwa yang berlaku sebelum ini. Sama ada bahagia mahupun sengsara, mereka sudah serik untuk kembali merasakan yang sama walaupun selesa menyelimuti hati dan jiwa.
Kabus yang hadir mengaburi mata juga seakan memberi satu solusi kepada aku supaya terus meraba dalam tenang kerana apa, aku tahu jalan yang aku sedang terokai ini adalah suatu jalan lurus telus. Jadi aku harus meraikan ketenangan ini, sambil menaik taraf persembahan meraba aku.
Ya, hidup untuk terus hidup !
No comments:
Post a Comment